Posts

Showing posts from October, 2021

MR NMR : BAB 2

 BAB 2               10 tahun yang lepas ketika di kolej..................................               " Alisa ? Siapa Alisa? Kenapa perempuan tu yang mengangkat telefon teman lelakinya dan memarahinya mengatakan dia seorang perampas.." omel Eryn di dalam hati                 Hati Eryn panas dengan pernyataan tersebut seakan mahu menampar sahaja perempuan tersebut tapi suaranya pelik sekali. Kata-kata yang dihambur sebentar tadi benar-benar menyakitkan hati Eryn. Pelbagai kata cacian yang dilemparkan namun Eryn seakan kaku tidak mampu bersuara kerana terkejut dan kaget dengan peristiwa itu. Akhirnya dia meletakkan telefon dan menangis tersedu-sedu. Ju yang tadi sedang asyik dengan laptop menegur Eryn dan menenangkan kawannya itu. Walaupun dia sendiri tidak pasti apa yang telah berlaku kepada Eryn. Selang beberapa jam Rizal telah menelefonnya kem...

MR NMR : BAB 1

BAB 1              Suasana meriah dan hiruk pikuk dengan lautan manusia. Hari ini kampus meriah dengan peserta dari pelbagai kolej. Pertandingan Rekacipta dan Robotik Peringkat Kolej berlangsung dan Kolej Kemahiran Sri Pulau menjadi tuan rumah untuk pertama kalinya. Acara berlangsung dengan meriah di tambah pula dengan kiosk pelbagai makanan yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Kolej Sri Pulau mendapat sambutan hangat. Namun dari kejauhan di satu sudut ada sesosok perempuan yang melepaskan pandangan kosong.                      " Eryn...jom la kita tengok pertandingan tu, mana tau ada yang handsome boleh cuci mata", ajak Juhaida.                          " Malas lah aku! buang masa..lagi pun kita nak sokong siapa bukan course kita terlibat pun , balas Eryn kepada Juhaida sambil...