MR NMR : BAB 1
BAB 1
Suasana meriah dan hiruk pikuk dengan lautan manusia. Hari ini kampus meriah dengan peserta dari pelbagai kolej. Pertandingan Rekacipta dan Robotik Peringkat Kolej berlangsung dan Kolej Kemahiran Sri Pulau menjadi tuan rumah untuk pertama kalinya. Acara berlangsung dengan meriah di tambah pula dengan kiosk pelbagai makanan yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Kolej Sri Pulau mendapat sambutan hangat. Namun dari kejauhan di satu sudut ada sesosok perempuan yang melepaskan pandangan kosong.
" Eryn...jom la kita tengok pertandingan tu, mana tau ada yang handsome boleh cuci mata", ajak Juhaida.
" Malas lah aku! buang masa..lagi pun kita nak sokong siapa bukan course kita terlibat pun , balas Eryn kepada Juhaida sambil mencebik.
" Alaa jom la sambil mengheret tangan Eryn.."
" Ok ok...balas Eryn " dengan muka masam mencuka
Eryna Medina merupakan pelajar sem 2 dalam jurusan Kejuruteraan Teknologi Plastik. Juhaida merupakan rakan sebiliknya atau mesra dengan sapaan Ju. Mereka berkawan baik walau berlainan negeri namun mereka serasi bersama. Ju merupakan kawan rapatnya di kolej itu selain Amira dan Ruhaida.
Eryn keluar dari dewan tersebut tanpa pengetahuan Ju, bagi Eryn dia tidak berminat langsung untuk menonton pertandingan tersebut apalagi betah untuk tinggal dalam dewan yang penuh dengan orang ramai. Eryn terus menuju ke biliknya , tengah berjalan telefon nya berdering . Hati Eryn berbunga riang apabila nama yang dirinduinya menelefonnya.
" Hello sayang! sihat ke? " tanya pemanggil tersebut.
" Sihat..bertambah sihat bila dapat call dari abang.hahahha" ketawa Eryn dihujung talian. Lelaki tersebut turut ketawa
" Abang pun rindu sayang sangat " balas lelaki tersebut.
Eryna tidak sedar hampir sejam lebih mereka berborak. Sampai tergolek bantal jatuh dari katil. Lelaki tersebut merupakan buah hatinya. Nik Mohd Rizal itulah nama lelaki yang membuat hati Eryn selalu berbunga-bunga. Mereka telah berkawan dan bercinta sejak di sekolah lagi. Namun selepas spm masing-masing menyambung pengajian di kolej yang berlainan. Rizal menyambung pengajian di Kolej Perubatan di semenanjung tanah air. Walaupun mereka berlainan kolej namun hubungan mereka sentiasa mekar apabila ada cuti sem mereka akan berjumpa dan keluar bersama kerana mereka asal dari negeri yang sama.
**************************************************************************
Eryn tersentak dari lamunan air mata menitis dengan lajunya tanpa dia sedari pipinya telah basah. Matanya masih menatap jendela , di luar hujan masih mencurah dengan lebatnya. Gambaran wajah Mr Nmr masih segar dalam mindanya. Sakit dan rindu yang tiada berpenghujung. Mr Nmr empunya nama untuk Nik Mohd Rizal insan pertama yang bertakhta di hati Eryna Medina. Insan yang sering membuat hatinya berdegup kencang setiap kali berjumpa. Cinta termanis yang pernah di miliki. Pemuda itu cukup membuat hatinya tidak keruan dan Eryn senang bersamanya. Namun manusia hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya. Apakah sebenarnya yang terjadi antara mereka?
Akan bersambung...........
Love, 💓
Himawari
Comments
Post a Comment