MR NMR : BAB 2
BAB 2
10 tahun yang lepas ketika di kolej..................................
" Alisa ? Siapa Alisa? Kenapa perempuan tu yang mengangkat telefon teman lelakinya dan memarahinya mengatakan dia seorang perampas.." omel Eryn di dalam hati
Hati Eryn panas dengan pernyataan tersebut seakan mahu menampar sahaja perempuan tersebut tapi suaranya pelik sekali. Kata-kata yang dihambur sebentar tadi benar-benar menyakitkan hati Eryn. Pelbagai kata cacian yang dilemparkan namun Eryn seakan kaku tidak mampu bersuara kerana terkejut dan kaget dengan peristiwa itu. Akhirnya dia meletakkan telefon dan menangis tersedu-sedu. Ju yang tadi sedang asyik dengan laptop menegur Eryn dan menenangkan kawannya itu. Walaupun dia sendiri tidak pasti apa yang telah berlaku kepada Eryn. Selang beberapa jam Rizal telah menelefonnya kembali dan menerangkan kepada Eryn bahawa yang menelefon itu adalah kawan kolejnya dan dia adalah seorang lelaki. Eryn kebingungan dengan penjelasan Rizal itu. Bagai ada sesuatu yang tidak diceritakan sepenuhnya oleh Rizal.
Sejak peristiwa itu , Eryn sering diganggu dengan pelbagai mesej ancaman oleh orang yang bernama Alisa. Alisa berkeras untuk Eryn meninggalkan Rizal. Setiap hari ada sahaja mesej yang menyakitkan hati yang dihantar oleh Alisa kepada Eryn.
" Kau ingat Rizal tu sayang sangat ke dekat kau? Baju yang kau hadiahkan pun dia dah buang ke dalam tong sampah, tinggalkan Rizal kalau kau nak hidup kau selamat" mesej Alisa kepada Eryn.
Eryn hanya membiarkan mesej itu tanpa balasan dan jujur dia sudah penat melayan mesej yang menyakitkan hatinya. Rizal bagai hilang di angin lalu. Pemuda itu langsung tidak menghubunginya mahupun mesej. Setiap kali Eryn menelefon pasti tidak berangkat dan mesej tidak dibalas. Hidup Eryn bagaikan mayat hidup bernafas tapi tidak seperti manusia lain. Setiap hari ke kelas dengan mata bengkak kerana tidak pernah berhenti menangis memikirkan kenapa Rizal hilang begitu sahaja. Kenapa dia ditinggalkan tidak bertali. Sejujurnya Eryn hilang fokus di dalam kelas dan keputusan peperiksaannya merosot begitu sekali. Sememangnya semester tersebut dia tidak dapat fokus sepenuhnya. Emosi dan jiwanya terganggu. Hanya airmata yang mengalir tanpa noktah. Kawan-kawan terdekat memang tidak pernah tahu situasi tersebut kerana dia tidak pernah bercerita kepada mereka semua. Dia pendamkan sendiri sampai satu saat rindu yang tidak tertahan kepada Rizal dia cuba menelefon tetapi masih juga tidak berangkat.
Suatu pagi kelas dibatalkan oleh pensyarah dan Eryn bertemu dengan abang angkatnya ketika dalam perjalanan pulang ke biliknya. Lantas Eryn menangis semahunya dan meluahkan semuanya kepada abangnya. Abangnya menenangkan Eryn dan memberikan kata-kata semangat agar Eryn meneruskan hidup seperti biasa pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Namun Rie tahu kata-katanya terhadap Eryn langsung tidak membantu untuk Eryn bangkit meneruskan rutin seperti biasa. Ditinggalkan tanpa sepatah kata dan penjelasan amatlah memedihkan. Rie menahan geram dengan perlakuan teman lelaki adiknya itu tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Eryn tidak pernah memperkenalkan teman lelakinya itu kepada kawan-kawannya malah kepada abang angkatnya juga. Jauh dalam sudut hati Rie dia hanya mampu berdoa agar Eryn sentiasa bahagia dan dapat melupakan lelaki tersebut. Sejak dari itu Eryn hidup tanpa cinta Rizal tetapi dia tidak pernah berdendam kerana dia ingin kan penjelasan di sebalik semua ini. Terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab kerana Rizal pergi begitu sahaja.
**************************************************************************
Semester 6 adalah semester terakhir , semua pelajar wajib menjalani latihan industri selama 6 bulan di organisasi yang telah menerima mereka untuk menghabiskan latihan industri tersebut. Tidak terkecuali dengan Eryn dan kawan-kawannya. Eryn mendapat tempat untuk memulakan praktikalnya di salah sebuah kilang di negeri kelahirannya sendiri iaitu di Kelantan. Bermula dari hari tersebut dia memulakan rutinnya sebagai seorang pelajar praktikal di kilang tersebut. Eryn diletakkan di bawah Project department' dan di pantau oleh En Rahim berjawatan sebagai Assistant Manager di situ. Seorang yang tegas dan serius dalam bekerja.
" Jom Eryn kita ke bilik En Rahim ada meeting" panggil Khairul selaku penyelia di situ.
" Ok...siap Jom." balas Eryn
Eryn membototi Khairul dan Daniel. Sememangnya Eryn seorang sahaja pelajar praktikal di jabatan berkenaan. Pelajar praktikal lain di tempatkan di jabatan production.Hampir sejam mesyuarat berkenaan selesai.
" Nampaknya kita ada tugasan baru " kata daniel kepada Khairul
" Aah...tak apa kita kan ada Eryn buli la apa lagi" gelak Khairul
" Oit mengumpat ek?" Orang dengar laa.....balas Eryn
Khairul dan Daniel berdekah ketawa. Mereka memang suka mengusik Eryn, namun mereka tidak lokek berkongsi ilmu dan sering mengajak Eryn bersama untuk terlibat dalam mana-mana projek yang dikendalikan mereka. Eryn amat menyenangi mereka berdua kerana tidak menganggap pelajar praktikal ni sesuatu yang membebankan. Pendapat Eryn juga di ambil kira dalam memberi idea dan tugasan yang diberikan mereka kepada Eryn dilaksanakan oleh Eryn sebaik mungkin.
Sedang Eryn berjalan untuk pulang dia terlihat kelibat seperti iras Rizal. Eryn menuruti lelaki berkenaan namun hampa apabila pemuda itu berpaling ternyata pemuda itu bukan Rizal namun operator yang bekerja di situ. Mungkin pemuda itu shift malam sebelum ini sebab itulah Eryn tidak pernah nampak kelibatnya sebelum ini. Sementara menunggu mamanya menjemput pulang Eryn termenung mengingati kenangannya bersama Rizal.
" Hello sayang, bangun sahur " kejut Rizal dihujung talian
" Hello..yela nak bangun la ni..tapi ngantuk la " jawab Eryn manja
" No..bangun sekarang !" jerit Rizal sambil tahan ketawa
" Yela yela dah bangun ni." jawab Eryn geram
Eryn tersentak dari lamunan apabila bunyi hon. Ternyata mamanya sudah sampai untuk menjemputnya pulang. Eryn dihantar dan dijemput oleh mamanya ke tempat praktikal kerana dia masih belum mempunyai lesen kereta. Setiap bulan Ramadan pasti Rizal akan mengejutkannya untuk bangun sahur. Namun itu tidak akan ada lagi,tidak mudah untuk Eryn hidup tanpa kasih Rizal, namun cinta itu amat memedihkan dan menikam jantungnya. Sunyi yang mencengkam jiwa, hatinya bagai dirobek-robek tanpa belah ihsan.
Malam tu Eryn tidur dengan airmata lagi. Sebaik mahu melelapkan mata.Ponsel nya berbunyi beep tanda mesej masuk.
" Hai..buat apa, boleh berkenalan" kata penghantar mesej tersebut
Eryn hanya membaca mesej tersebut tanpa dibalas. Esoknya dia perasan di kilang ada seseorang yang memerhatinya dari jauh. Pemuda tersebut asyik melihanya sampai la eryn hilang dari pandangannya. Eryn berbisik dalam hati mamat ni ke mesej dia semalam, dia berteka-teki sendirian. Namun cepat-cepat dilupakan kerana ada tugasan yang harus disiapkan. Hari ini Eryn mengikuti Khairul ke bahagian pemprosesan cap plastik botol ubat. Kilangnya merupakan kilang yang mengeluarkan barang-barang perubatan dan farmaseutikal. Sesampai di salah satu mesin Eryn tercengang melihat mesin tersebut sebab terlalu besar dan canggih lebih moden dengan pengendalian automatik ,seingatnya lagi besar dari yang ada di kolejnya. Sedang asyik melihat mesin tersebut. Seorang pemuda menegurnya.
" Hai student practical ke? " tanya lelaki tersebut
" Aah " jawab eryn ringkas
" Muka awk macam Jeslina hashim la" kata lelaki tersebut sambil tersenyum.
" Kenalkan nama saya Rizwan , panggil Wan je" kata lelaki itu
" Nama saya Eryna Medina , panggil Eryn je. " jawab Eryn .
Sedang asyik berbual dengan Wan, Khairul datang dan memperkenal Wan kepada Eryn dan memberitahu Eryn bahawa Wan adalah operator yang mengendalikan mesin tersebut. Eryn hanya mengangguk sahaja kerana mereka telah pun berkenalan tadi. Selesai lawatan di bahagian tersebut Khairul mengajak Eryn untuk makan tengahari di cafe kerana telah waktu lunch . Eryn hanya mengikuti langkah Khairul ke cafe dan mengisi perutnya yang sejak tadi menyanyi riang minta di isi.
Malamnya, mesej masuk tak berhenti dari Wan dan juga penghantar yang tidak dikenali. Wan mengajak Eryn untuk bertemu pada hari minggu nanti. Tetapi Eryn langsung tidak berminat. Walaupun Wan tu kacak dan putih pendek kata tak ada kurangnya dari segi rupa. Namun Eryn tidak berminat untuk menjalinkan apa-apa hubungan dengan pemuda tersebut. Luka lama masih lagi sakit dan penjelasan yang tidak terjawab menghantui dirinya ditinggalkan tanpa pesan amatlah memedihkan. Namun Wan seakan mendesak, Eryn akhirnya akur untuk berjumpa denganya. Pemanggil misteri yang tiada nama itu masih lagi mesejnya. Tetapi Eryn tidak pernah membalas pun mesej tersebut. Kadang-kadang Eryn geram bagaimana lah no telefonnya boleh diketahui oleh orang-orang yang tidak dikenali. Walaupun begitu Eryn yakin pemanggil tersebut mungkin pekerja di kilang tempat dia praktikal. Mungkin mamat yang selalu tengoknya dari jauh dekat bahagian stor tempoh hari.
Sedang asyik Eryn menolong kerja salah seorang operator di situ, dia ditegur oleh seorang lelaki mengatakan dia yang sering menghantar mesej kepada Eryn. Riak wajah Eryn bersahaja kerana dia sudah dapat mengagak gerangan orangya. Eryn hanya tersenyum sahaja dan bertanya daripada siapa pemuda tersebut mendapatkan no telefonnya. Pemuda tersebut dikenali dengan nama Haikal menjawab daripada salah seorang pelajar praktikal di sini juga. Tetapi muka cuak juga pemuda tersebut takut Eryn memarahinya. Namun Eryn hanya tersenyum tipis dan tidak mahu memperbesarkan isu ini. Kalau hanya sekadar mahu berkawan dia tidak kisah. Dia tidak pernah memilih kawan dan dia berkawan dengan siapa pun yang dia rasakan selesa dan mempunyai aura positif.
Akan bersambung.................
Love,
Himawari 💓
Comments
Post a Comment